Thursday, June 17, 2010

indah

tak selalunya pelangi itu datang,
tak selalunya pelangi itu berwarna terang,
namun pelangi tetap juga hadir dan menghilang,
setia dan taat tanpa pernah kecundang.

kau tanya aku cantiknya warna pelangi,
7warna menghias indah langit bumi,
tatkala awan mendung kelabu berarak di lain sisi,
pernah kah kau cuba mensyukuri nikmat ilahi?

aku tahu pelangi itu indah,
berwarna-warni,
muncul dikala langit bebas berlari selepas menyanyi,
aku tahu pelangi itu indah,
berjaluran seni,
hadir bersama gelak tawa riang kanak2 yang kagum memuji.

kau juga tahu pelangi itu indah,
tapi manusia,selalu menyiakannya,
tanpa rasa syukur utk para pencipta,
kerana Ia menciptakan pelangi yang indah utk kita,
bukan bencana yang pasti akan binasa.


walau kadang ia hilang tanpa menyapa,
begitu juga ia hadir tanpa disapa,
munculnya pelangi dikala awan menderu tenang bergerak ringan,
hilangnya ia seperti menamatkan segala senyuman,
namun pelangi indah itu,
tetap akan datang semula di langit biru,
utk anak kecil polos yg kurang tahu,
bertapa indahnya pelangi,
untuk bumiku.


terima kasih wahai tuhan,
kerana memberiku sedikit harapan,
agar hidup terus diterangi keterangan,
untuk tahu di dunia ini masih ada keindahan,
oleh indahnya si bianglala yang menawan.

No comments:

Post a Comment